Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Thursday, May 1, 2014

THE END

Bismillah

InsyaAllah blog ni dah tak akan ada lagi post. 

Atas masalah yang tertentu. 

Tapi akan tetap ada sebagai perkongsian untuk semua.

.
.
.
.
.
.
.

Dan http://duniatulisandankata.blogspot.com menjadi pengganti.

May Allah bless! :)

Tuesday, August 13, 2013

Al-Qamar

Pernah baca surah ni?
Maknanya dah baca?

"Maka betapa dahsyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku."

"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?"


Dua ayat yang berulang-ulang dalam satu surah. Lalu membuatkan diri terasa kerdil. Kenapa ayat-ayat ini diulang-ulang? Sungguh, manusia itu perlukan peringatan yang berulang-ulang.

Ku imbas dari ayat pertama dalam topik cintaNya, Al-Qamar.

Bermula kisah orang-orang musyrik yang mendustakan Nabi Allah Muhammad. Disambung pula dengan kebodohan kaum Nabi Nuh Alayhissalam. Dan kaum 'Ad yang meneruskan pendustaan. Kaum Tsamud yang mewarisi kebodohan kaum sebelumnya. Kaum Nabi Allah Lut yang homosex. Dan Firaun si bongkak.

Al-Qamar seakan rumusan kepada setiap kebodohan orang-orang kafir dan azab Allah yang menimpa segera kepada mereka.

Bukan disini untuk menceritakan pendustaan mereka. Apatah lagi untuk menkhabarkan setiap balasan buat mereka. Cuma satu perkara yang membuat diri terasa hina dan takut.

"Maka berpalinglah (Muhammad) dari mereka pada hari ketika malaikat mengajak mereka kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (Hari Pembalasan)."

Sedih. Bila berfikir, andai di akhirat kelak, Nabi Muhammad berpaling dari memandang wajah  kita.

Teringat akan sebuah hadith yang mengatakan betapa rindunya Rasulullah akan ummatnya. Yang Baginda sendiri belum pernah bertemu dengan ummatnya. Dan andainya (Naudhubillah mi zalik), perbuatan kita, sikap kita, menyebabakan Rasulullah berpaling dari melihat wajah kita, seakan-akan kita mengkhianati cinta dan rindu Rasulullah. Allahu Rabbi. Tergamak kah kita membuat perkara yang dibenci oleh seorang insan yang menanggung rindu yang mendalam pada kita?

Dan yang paling menakutkan dan mengerikan adalah pabila Tuhan kita, ALLAH berpaling dari memandang wajah kita. Allahu Allah.

Betapa penuh cintanya Allah pada hambaNya sampai tak sanggup membiarkan kita didunia sendirian. Dia bagi kita panduan untuk memudahkan kita meraih cintaNya.


"Dan sungguh telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan..."

Dan sungguh ayat ke 54-55 adalah ayat penenang untuk orang-orang yang bertaqwa.

"Sungguh orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang Maha Berkuasa."

-Senja di hari-hari Ramadhan terkahir-

Bangunlah duhai hati!
Gapai redhaNya!
Raih cintaNya!
Sematkan rindu yang mendalam untuk bertemu kekasihNya!

Wednesday, June 12, 2013

Yang Namanya Qonitina

Hey Guys! Lama tak mencontengkan? ;)
Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama dah simpan hajat nak menulis. Tapi keadaan laptop, keadaan internet dan banyaaak lagi alasan-alasan yang entah layak atau tidak untuk tidak diterima. Wallahu'allam. Moga Allah redha.

Ok. Stop mumbling Zinnirah. eh? ;)

Boleh dikatakan dari kecil, aku didoktrin oleh abuya dengan perkataan 'Indonesia'. Hebatnya dakwah di sana, berkembang nya Islam di sana menjadi teladan pada aktivis dakwah di Malaysia. Hampir setiap tahun ( if am not mistaken ) abuya ke Indonesia bersama sahabat-sahabat dia. Setiap kali balik, mesti dibawa pulang buku-buku dari tanah seberang. Memang dari kecil buku yang dibaca adalah yang dari negara seberang. Teringat dulu ada satu majalah bernama AnNida ( ke anNisa' ea? tak ingat. Yang gambar temanya adalah seorang akhawat yang tudung dibelakangnya 'terterbang'.  ok. boleh abaikan. hehe )

Obses. 

Obses dengan penulis-penulisnya. Dan semakin berlalunya hari, penulis-penulis dari negara seberang semakin meningkat. Subhanallah. Bukan tak appreciate penulis-penulis di Malaysia. Tidak sama sekali. Cumanya kali ni nak cerita tentang Indonesia. Tenang ya ibu ibu bapak bapak. *heh*

Dan semakin hari rasa sayang pada sebuah negara yang terbanyak orang Muslimnya bertambah-tambah. Sehinggalah pada suatu hari yang hening, kakiku menjejakkan kaki ke bandar Kamal Ataturk, Ankara. Disambut oleh dua orang ukhti comel. *boleh muntah kalau mahu. :P*

Dan mereka berasal dari Indonesia. Iiiiihhh aku punya temen dari Indo lhoh! *bangga* hihi

Dan Namanya unik banget deh. hiiiii :))

Yang satunya Qonitina Bilqisti dan yang satunya Sumarsih Condroayu Purbarani. Aneh! Bukan! Unik! :)

Tapi kali ni mahunya cerita tentang Qonitina Bilqisti. Seorang senior dan berwatak senior. Tapi bila kata senior, jangan keluar dari otak perkataan 'buli'. ok? Sebab sifat buli tak cocok langsung dengan Kak Qonitina.

Di Turkiye, kebanyakan manusia-manusia, bukan haiwan ya, panggil dia dengan panggilan kakak, ukhti (hanya untuk si comel sumarsih, kalau yang aku tahu je la.), kak qoni, kak qon. GONITINA pun boleeehhh.. ;P

1st impression jumpa dia? Nothing. Sebab dalam fikiran hanya fikir pasal macam mana nak hidup dekat Turki niiiii... huaarrggh *lebay*

KiraNya tak da lah 1st impression tu. hihi Tapi bila dah lama kenal, dah sering jumpa, 'kakak sorang ni banyak cakap.' Dan satu lagi yang datang dalam fikiran adalah kakak ni seorang a***wa* kihkih

Tapi relax lu. Kita wait and see dulu. ceh. hiperbola.

Dan yang paling best, pernah buat surprise untuk her birthday. Thanks to Kak Desi Setyaningsih -unik juga kan nama dia?:)- yang sekepala dengan kami. Beli bunga. Because she loves flowerssss :) Pakar Botani ;)

Dia bu guru ku dalam macam-macam perkara. Sedar tak sedar. 
Dan biarkan itu menjadi rahsia ku. Moga Allah meredhaimu, kak. :)

Oh. Satu lagi sifat kakak ni.. Dia suka ketawa. keh keh keh..

Dan satu lagi, dia one of the Indonesian yang di Turkey yang boleh faham dan boleh speaking in Malay. Bahasa Utaqa pun dia boleh habaq hang! Tempias dari Inche MatLuthfi. Haha *teringat Nia. Rinduu :")*

Hurmmmm lagi nak cerita ape ea?? banyak jeeee.. tapi, the rest is secretoo kih kih kih :))

Ok. Sebenarnya just nak bagi tahu dunia, bahawa kakak ku yang seorang ini, yang berasal dari INA ini, sudah beranjak ke sebuah nombor yang sedikit besar. So, Bye lah kakak. haha  tibe..

OK. Sirius ye kawan-kawan.

Kepada satu-satunya kakak saya yang bernama Qonitina Bilqisti,
Semoga umur-umur yang sebelum ini di berkati dan diredhai oleh Sang Maha Pencinta. Dan untuk hari-hari mu yang mendatang, moga menjadi saham mu untuk ke syurgaNya. 

Satu pesan ku untuk mu, wahai bakal murabbi di dunia persekolahan,

"Seorang murabbi itu tugasnya bukan mengajar, tetapi mendidik. Selalu dengarkan ini, bukan? Dan hadirnya seorang murabbi di medan nya bukanlah tugasnya menunggu bunyi loceng pulang untuk bergegas pulang, tetapi kehadiran seorang guru adalah menjadi pembantu kepada si ibu untuk mencorak anak-anak menjadi seindah pelangi. Selamat mendidik dengan penuh ihsan."

Rasa tak layak untuk sebuah kata-kata ini, tapi tak salahkan untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan? :)

Bismillah.
Kak, i love you lillah. Until we meet again in Jannah. :')

Tuesday, November 20, 2012

Aku Mahu SyurgaNya

Zinnirah, ini untuk mu.


Kita tak boleh hidup dalam kenangan masa lalu. Supaya kita sentiasa bertapak di dunia realiti. Bergerak dengan lebih indah dan berjaya dengan apa yang kita ada di hari ini. Tapi kita tak boleh buang kenangan tu. Kerana kenangan itulah yang yang mengajar kita erti hidup, kasih sayang, rindu dan cinta.

Jadi aku simpan kenangan-kenangan itu dalam memori hati dan akal. Dalam pengharapan kenangan yang ada dulu, sedar atau tidak dan kenangan yang bakal kita cipta di hari ini dan akan datang, menjadi saham kita untuk ke syurgaNya. 

Yang teratas. 

Firdausi.

Dan hari ini, aku menangis di bangku ini, merindui saat untuk bertemu. Dan aku lebih merindukan untuk bertemu di syurgaNya. 

Tak sabarnyaa.. ;') 

*kesatairmata*

Ankara,  23 Oct 2012


Allah Berbicara Melalui HambaNya

Ke marilah duhai hati, ke marilah duhai sahabat. Aku ingin kita bersama-sama muhasabah. Berbicara dengan hati kecil kita.


Astaghfirullah. Bismillah...
Dalam kesibukan metro hari ini, ku temukan seorang insan yang pada pandangan ku, seorang yang punya motivasi tinggi dalam diri. 

Apa tidaknya....


Allah kurniakan dia sebuah muka yang cacat. Mata dan hidungnya yang tidak berada di posisinya yang betul. Matanya seperti jatuh dari orbitalnya. Sebelah mukanya jatuh. Mulutnya tak seperti kita. Tak ku temukan bibirnya. ( Search : Bell's Palsy )


Dan aku jadi terfikir.


Pasti malu kan, punya wajah yang sedemikian. Dipandang orang bagai kau bukanlah dari planet bumi. Berkerut dahi melihat ciptaan Tuhan yang satu ini.


Dan tersentak seketika.


Bagaimana dalam kesesakan hidup di tanah Uthmaniyah ini, dalam penuh dan ramainya metro itu, kau berada di tengah-tengahnya. Tanpa rasa takut dilihat pelik. Tanpa perlu fikir akan diejek atau diapa-apakan.


Aku terfikir...


Pada hemat ku, kau sudah sedikit tua. Bagaimana kau harungi hidup kau, dengan wajah yang sebegitu sehingga sekarang?



Hebat. Sungguh Hebat Allah itu dalam menciptakan hamabaNya.


KERANA DI SETIAP CIPTAAN-NYA, DIA MAHU KITA BERFIKIR...


Tidak kah kita bersyukur dikurniakan wajah dan fizikal yang sempurna? Apa tak cukup S E M P U R N A kah?


Tidak kah kita lihat, si dia punya semangat tinggi untuk harungi hidupnya? Kenapa tidak kita?


Motivasi diri itu, ada dalam diri kita. Kenapa tidak kita gali? Malah mengeluh tidak kenal penat. 



Allah tidak uji setiap hambaNya dengan ujian yang hamabaNya tidak mampu untuk pikul. 
Kenapa kita sering lupa itu?

Kenapa kita jarang bersyukur?


Tu, Allah tampar hati mu. Masih tak sedar ka? Mahu kan tamparan yang lagi hebat?



Dia sedang berbicara dengan mu. Tak mahu kah kau menyambut bicara dari Sang Kekasih Hati?

Tuesday, November 6, 2012

Dalam Doa Kita Bertemu

Fikiran ku masih di hari tu
Hari di mana kita berpelukan
Dan jernih mutiara di mata mu
Kau tahan supaya tidak jatuh.

Dan tanpa ku sedar,
Ucapan 'jangan menangis'
Penyebab kotak mutiara itu pecah
Berderai tanpa suara.

Ingin ku menyua tanda tanya
"Apa ada sesuatu yang lebih menyakitkan hatimu?"
Selain dari perpisahan sementara ini
Sehingga kan mutiara itu berlinangan..

Dialog diantara kita di hari-hari itu
Bermain di fikiran 
Di hari kita
Mengeluarkan persoalan-persoalan 
Dalam kotak fikiran mahupun di hati
Berusaha berfikiran positif dalam setiap ujianNya..

Di fikiran dan hati kita
terlalu banyak persoalan..

Apa kita salah dalam berfikir?
Apa kita salah dalam menafsir?

Moga hati kita berada dalam tanganNya.
Agar kita tidak salah mengeluarkan fatwa hati..

Dan sepanjang perjalanan
Hati ku tak henti memujuk
"Doa adalah cara kita berpeluk dari kejauhan. Dalam redhaNYA."

"Ku rindukan pertemuan dengan mu di syurga firdausiNya.."

Friday, June 29, 2012

Result (?)


“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan.”

            Masih ingat ayat ni? Dalam surah Ar-Rahman berulang-ulang kali Allah berfirman, menggunakan ayat yang sama. Banyaknya nikmat Allah yang kita terima, tapi dengan ujian yang kecil dan sedikit yang ditimpakan Allah buat kita, menjadikan kita manusia pengeluh, pemarah. Apa kita tak malu dengan Pencipta kita?



            Setelah berminggu-minggu bertentang mata dengan nota-nota pelajaran yang banyak, tengah hari tadi, hidangan markah bukanlah yang menyenangkan mata memandang apatah lagi yang punya markah itu. Tapi motivasi diri itu penting kan?



            Nah. Hari ini adalah hari dimana kau harus belajar dan aplikasi banyak perkara. Dari A sampai lah Z. Mahu tak mahu, you have to.



            Selesai exam tadi, hati tidak berhenti melakar kata-kata. Apa pun yang terjadi nanti, tersenyumlah. Baik buruk mahupun baik. Dan apa yang kita lakar tu, tak mudah untuk kita apalikasi sebenarnya.



            Solat zohor tadi, sungguh membuatkan hati tenang. Betullah, dengan mengingati Allah itu, hatikan jadi tenang. Apabila kau meminta kepada Allah, untuk kecemerlangan dalam exam, jangan lupa untuk meminta kepada Allah, agar diberikan hati yang sentiasa mengingati Allah supaya apa sahaja keputusannya, masih ada ALLAH di hati mu.



Selesai solat, kaki melangkah laju merentas teriknya matahari, masuk ke bangunan Fakulti. Seorang lelaki, lagak nya seperti orang frust. Hati cepat meneka, pasti result dah keluar. Dan result si lelaki itu, lepas untuk dia masuk ke second year medic. Lalu apa yang membuatkan dia frust? Bising mengeluh itu ini. Kawan, apa tak cukup bersyukur kau dengan markah mu nak dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa ulang balik first year nya?  



            Result tak seperti apa yang saya mahu. Ok. Saat itu, kata-kata yang tak putus terlakar tadi, perlahan-lahan, tenang, melintas di fikiran. Allah Maha Tahu. Apa sahaja keputusan yang tergantung di papan kenyataan itu, adalah realiti mu. Terima seadanya.



Some got it bad, some got it worse

Life can sometimes look like a curse

So i cry my heart out, let it all go

Cuz after every rainfall must come a rainbow



Saya percaya dengan setiap yang berlaku, pasti ada baiknya. Kenapa perlu berlama-lamaan bersedih hati sedang kita tahu, memang pelangi akan timbul setelah hujan. Lambat cepat dan jelas tak jelas nya, tak penting kan? Yang penting, kita tak pernah putus asa untuk menunggu si pelangi datang. Kerana, kita dikira berjaya, apabila kita tak pernah berputus asa. Allah nilai usaha kita kan? Natijah nya, dia yang tentukan. Tinggal bagaimana kita mahu mencorak takdirNya dengan lukisan terindah sahaja.



God never promised you days without pain
Laughter without sorrow
Sun without rain
But He did promise strength for you every day

            Hari-hari yang berlalu, mengajar aku erti hidup. Bagaimana motivasi diri itu penting, dalam pembentukan diri dan hati kita. Dan alangkah indah nya apabila motivasi itu didasarkan atas dasar iman kepadaNya. Manis. Rendah nya motivasi diri, tak pernah menjamin kejayaan dalam hidup kita. Tak percaya? Up to you.



Belajar dari kesilapan, betul?



            Kita berjaya pabila kita mampu menahan diri kita dari terus bersedih dan meneruskan hidup kita seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Jangan pernah putus asa, kerana itu cirri-ciri manusia yang kalah.



And you know that you’re growing

When you find yourself down on your knees

It’s the trials of life

It’s the rain and the light

That make you more than just your dreams



            Kegagalan tu sebagai petanda kejayaan besar kita disuatu hari nanti. Jadi, kenapa perlu meratap meraung seperti dah tiada kehidupan setelahnya? Tu, lihat tu, Allah ingin berbicara dengan mu. Buka hati mu seluas-luasnya.



            Buka Quran, Surah Al-Baqarah ayat 112. Renung kembali, sudah kah kau serah kan hati mu sepenuhnya kepada-Nya?