Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Friday, August 19, 2011

Pintu Besar

“… Jika kita ada kunci, tetapi kita tidak tahu bagaimana mahu membuka pintu dengan kunci tersebut. Tidak kah sia-sia keberadaan kunci tersebut???”

Perkaitan Kunci Dan Al-Quran

Kunci adalah salah satu medium untuk kita membuka pintu. Sama juga dengan Al-Quran.. Salah satu medium untuk kita membuka pintu Syurga.. Al-Quran adalah kunci kita ke syurga.

Jika kita ada kunci tersebut, tetapi kita tidak tahu bagaimana mahu menggunakan kunci tersebut, ianya sangatlah sia-sia.. 
Sama juga dengan Al-Quran.. Kita punya Al-Quran di rumah.. Siap dengan Tafsir lagi. Tapi kita tak gunakannya dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya dengan baik.. Maka sia-sia lah Al-Quran itu berada di rumah kita.





Al-Quran Halau Hantu

Teringat kisah dimana seorang sahabat yang meletakkan Yasin di bawah bantalnya.. Adakah syaitan yang kononya dikatakan hantu akan lari dengan hanya meletakkan Yasin tersebut dibawah bantal? Tanpa penghayatan kepada Surah Yasin itu?

Teringat juga kisah di mana seorang sahabat juga, meminta saya meninggalkan Al-Quran saya sebelum saya berpindah. Walau saya tahu itu hanya jenaka belaka.. Tetap ia menimbulkan kemusykilan.. Katanya, “Yasin aku nipis je. Quran kau tebal. Ada rahmat.” Oh begitu ye?? Setebal mana pun Quran tu, ia tetap tidak ada kesan apa-apa jika ianya hanya diletakkan di bawah bantal mahupun di atas almari atau meja.

Kesimpulannya

Sedang saya berbuka puasa bersama sahabat sambil mendengar tazkirah dari seorang ustaz di sebuah institusi pengajian tinggi..

“Kau bacalah berapa banyak kali Ayat Kursi.. Kalau kau sendiri tak faham dan tak hayati makna Ayat Kursi tersebut, hantu tu tak kan lari nye..” macam tu la lebih kurang ayat nye..

Betul. Sama juga macam kita menghafal “What is Law?” .. Tapi kita tak faham.. Masuk dalam exam kita lupa.. So.. Tak da makna nye.. Better kita baca, faham, dan sekali gus kita akan hafal..

Ada seorang cikgu Mathematics saya kata .. “Tahu, faham dan aplikasi.”

Jangan jadikan diri kita salah seorang yang menjadikan Al-Quran sebagai perhiasan..

Pesanan untuk diri dan sahabat yang membaca.. Jom muhasabah diri..

Yang baik datangnya dari Allah.. Yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi disandarkan kepada saya..

Wallahualam..

Nota kaki 1 : pintu kat Turkey ni memang pelik2.. haila~
nota kaki 2 : tetiba rindu nak belajar LAW.. hua3~




fyi, ni re-post dari eski blog =)

No comments:

Post a Comment