Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Friday, December 16, 2011

Special untuk hati KITA

Kerana dunia dicipta bukan hanya untuk kisah cinta.
Selama ini Allah banyak bagi kemudahan, keindahan, kurniaan dan kebahagian pada kita. Dalam erti kata mahu mengajar kita erti hidup penuh dengan cinta dan kasih sayang dari Allah dan makhluk-makhluknya. Lalu kita belajar banyak perkara dari keindahan dan kebahagiaan itu. Kita tahu bahawa kebahagiaan kita terletak pada hati kita yang di dalamnya terletaknya iman kita. Allah ajar kita erti Alhamdulillah ala kulli nikmah.


Lalu sampai suatu ketika, Allah bagi kita kesusahan, keburukan (sama ada dari diri kita atau dari orang lain), kesedihan. Dalam erti kata yang sama, Allah nak kita belajar dari keburukan, kesusahan dan kesedihan itu. Tapi kita lebih banyak mengeluh, marah, menangis dan bersedih. Seperti kita lupa yang Allah sedang menguji kita. Seperti kita lupa yang Allah tak akan bagi sesuatu ujian pada hambaNya dengan ujian yang hambaNya tak mampu.



Wednesday, November 30, 2011

Nota Cinta Dari Seberang =')


1-

Percaya dan yakin kepada Allah.

"  Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu untuk dipikul. "

Disebabkan kita mampu untuk memikul segala ujian dan permasalahan yang ada, Allah letakkan kita disitu.

2-

Hadapi hidup dengan penuh pemikiran yang positif.

Fikir positif, kita dapat positif. Fikir Negatif, negatif lah yang kita dapat.

3-

Pergantungan dengan Allah.

Jika kita bergantung hidup kepada manusia sepenuhnya, jangan tanya kenapa kita sering dilukai. Kerana manusia tidak pernah sempurna. Jangan tanya kenapa kita tidak bahagia. Kerana manusia tidak pernah sempurna.

Allah lah satu-satunya yang Maha Sempurna. Yang Maha Tahu. 

4- 

Redha dan Ikhlas.

Hidup tak akan pernah sunyi dari ujian. Tapi jangan kita lupa untuk redha dengan ujian yang kita dapat. Redha adalah dengan ikhlas menerima apa sahaja ujian tanpa mengeluh. Yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku telah Allah aturkan.

Ada yang terbaik yang Allah sembunyikan.

5-

Doa tanpa usaha tak bermakna.

Jika kita mahukan sesuatu, berusahalah untuk mendapatkannya. 

"Aku mahu doa banyak-banyak je. Confirm Allah bagi. "

Doa tanpa usaha, seriously, sia-sia. Usaha lah terlebih dahulu, Allah akan bagi apa yang kita dah usaha. If tidak diberi di dunia, di akhirat kelak pasti diberi =)

Dan kita kena ingat, Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan di tempat dan waktu yang paling sesuai untuk kita. 

Yang penting USAHA =)

6-

Percaya pada diri.

Percaya yang kita mampu untuk menghadapi ujian yang ada dengan cemerlang =)


Sunday, October 30, 2011

teeettt =)



Ni semua kes bosan sangat study. Habis slide biokimya saya conteng ==


rumah saya semua medicos =) jadi malam tadi, dari 11pm - 0030 kami buat study group =)

selasa ( 1 Nov 2011 ) + khamis ( 3 Nov 2011 ) + jumaat ( 4 Nov 2011 ) ada exam ... doakan ya..... =)

lepas tu cuttttiiiiiii =)

Friday, October 7, 2011

Ben Tıpcıyım !

Tak semudah yang disangka.

Susah nak faham.

Mengantuk.

Lecturer dengan pelbagai gaya. Terima dengan REDHA.

Baru saya tahu,

"Belajar MEDIC dalam BAHASA TURKEY itu tak mudah dan tak senang."

TAPI!!

Saya bukan manusia yang dilahirkan untuk mudah mengalah!

Saya bukan muslim yang diajar untuk menjadi seorang yang mudah lemah!

Saya kuat! Dan saya tak akan putus asa!

Arkadaşlar, bana dua eder misiniz?
( Sahabat2, duakan saya boleh? )

Allahım, bize kolaylık ver.
( Allah, berikan kami kemudahan )

Allahım, bizi affet Allahım!
( Allah, ampuni kami )

Allah, Sen Rabbisin, benim de Rabbimsin..
( Allah, Kau adalah Tuhan dan Kau juga adalah Tuhanku )

Thursday, September 15, 2011

Ikhlas

Memberi dan Menerima.

Ikhlas dalam kedua hal ini.

Ikhlas dalam memberi orang yang kita sayang dan yang kita jaga ( walaupun tak sebaik mana penjagaan kita ) kepada orang lain yang kita yakin dan pasti insyaAllah akan menjaga orang yang kita sayang dengan baik.

Ikhlas dalam menerima orang-orang baru yang akan mewarnai hidup kita seharian. Biar tidak sama bahasa, rupa paras, dan yang lain nya. Terima dengan baik. InsyaAllah segalanya baik.

Moga kejayaanku terlakar dı langit Balıkesir ^__^

Jika di izinkan Allah, mungkin hanya sebentar di Balıkesir. Mungkin juga lama.

Usaha tu penting :D

kalian yang membaca post ini, mohon doanya buat kami ya :D

Balıkesir Üniversitesi merupakan gunung seterusnya yang akan saya daki nanti insyaAllah :D

Tuesday, September 6, 2011

Türkiye'yi seviyorum =)

InsyaAllah esok [6/9] akan bertolak ke KL. 

flight 12:30 am 7 sept 2011

balik lebih awal dari tarikh yang sebenar [12 sept] atas sebab-sebab tertentu.

Moga Allah permudahkan segalanya nanti.

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk meneruskan perjuangan di sana.

Moga Allah anugerahkan saya dan sahabat-sahabat kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menempuh ujian yang mendatang.

Moga tambah bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH anugerahkan.

Habis sudah honeymoon saya di Malaysia ='(

Selamat ber-balayı di Turkey pula =')




MOHON TEMBAKAN DOA KALIAN ^__^

Saturday, September 3, 2011

Saya Risau?

Nampak je cool. Dalam hati siapa yang tahu.

Tapi Allah tahu.

InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan kembali pulang ke Turkey.

Tarikh dah ada. Ticket dah booking. Tapi dapat atau tidak masih tergantung.

Di Turkey baru 8 bulan. Hanya belajar Turkish sahaja.

InsyaAllah balik ni baru start study medicine.

Masih menanti university untuk sambung study.

Sampai sekarang masih tidak diketahui.

Harapannya, pilihan pertama, Hacettepe Universitesi.

Apa-apa pun moga yang terbaik.

Satu permintaan saya dari kalian.

Mohon tembakan doa dari kalian.

Ya! Saya risau =(

Monday, August 29, 2011

Bagaiman Keadaan Baju Kita?

Baju Raya

            Sekarang semua sibuk dengan pencarian barang-barang raya dan BAJU RAYA. Maka sesaklah di jalan-jalan yang kebiasaan nya tak sesak langsung. Kedai makan diganti kedai baju. Kedai semua panas-panas belaka. Ada kipas macam tak ada kipas. Sesak.

            Tak kurang juga tokey-tokey kedai yang menaikkan harga baju yang sepatutnya dah murah! Baju berapa tahun punya ntah. Tapi masih mahal! Mintak kurang hanya beri sedikit. Tak pa la. Itu stratergi perniagaan. Otak business.

            Semua pakat-pakat pilih baju yang lawa-lawa. Jika yang berminat pada fashion, pilih yang berfashion.

Thursday, August 25, 2011

Menjahit + Hobi = Tak !

Assalamualaikum guys!

Cuti dua(2) bulan ni amat membosankan!


 Baru saya tahu cuti itu membosankan! 


Tak bersyukur betul! Astaghfirullah ='(


Ok2! Disebabkan terlalu bosan,

Saya mencuba skill menjahit!

Wednesday, August 24, 2011

Haiwan Idola



Bee ni pakar posing tau =)

Haiwan-Manusia

            Dulu dalam satu program ada satu soalan ni ,

 “Jika awak dibenarkan untuk menjadi haiwan, haiwan apa yang awak nak jadi?”

Jawapan saya : *yangdalamgambartula*

Tuesday, August 23, 2011

Sang Pencerah



Sinopsis

                Sang Pencerah adalah sebuah movie yang berdasarkan dari kisah benar dari Negara jiran kita, Indonesia. Kisah seorang daie yang mencuba untuk mengubah fahaman-fahaman karut kiyai-kiyai di Indonesia.
                Dalam masa yang sama daie ini mencuba satu teknik baru yang mendapat tentangan dari manusia sekelilingnya. Dituduh kafir. Daie ini masih belajar bagaimana untuk menyampaikan dakwah kepada orang sekelilingnya.
                Khidmat masyarakat dibuat. Makanan dan pelajaran diberikan kepada penduduk-penduduk miskin. Bukan hanya pendidikan akademik tetapi juga agama Islam.




Friday, August 19, 2011

Pintu Besar

“… Jika kita ada kunci, tetapi kita tidak tahu bagaimana mahu membuka pintu dengan kunci tersebut. Tidak kah sia-sia keberadaan kunci tersebut???”

Perkaitan Kunci Dan Al-Quran

Kunci adalah salah satu medium untuk kita membuka pintu. Sama juga dengan Al-Quran.. Salah satu medium untuk kita membuka pintu Syurga.. Al-Quran adalah kunci kita ke syurga.

Jika kita ada kunci tersebut, tetapi kita tidak tahu bagaimana mahu menggunakan kunci tersebut, ianya sangatlah sia-sia.. 
Sama juga dengan Al-Quran.. Kita punya Al-Quran di rumah.. Siap dengan Tafsir lagi. Tapi kita tak gunakannya dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya dengan baik.. Maka sia-sia lah Al-Quran itu berada di rumah kita.



Yeni Blog =)

Blog yang lama macam tak best dan ada sedikit problem. =(

insyaAllah akan re-post entry2 yang bermakna dari blog lama ...

kepada yang support .. çok teşekkür ederim (read : thank you so much)