Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Monday, August 29, 2011

Bagaiman Keadaan Baju Kita?

Baju Raya

            Sekarang semua sibuk dengan pencarian barang-barang raya dan BAJU RAYA. Maka sesaklah di jalan-jalan yang kebiasaan nya tak sesak langsung. Kedai makan diganti kedai baju. Kedai semua panas-panas belaka. Ada kipas macam tak ada kipas. Sesak.

            Tak kurang juga tokey-tokey kedai yang menaikkan harga baju yang sepatutnya dah murah! Baju berapa tahun punya ntah. Tapi masih mahal! Mintak kurang hanya beri sedikit. Tak pa la. Itu stratergi perniagaan. Otak business.

            Semua pakat-pakat pilih baju yang lawa-lawa. Jika yang berminat pada fashion, pilih yang berfashion.



Lupa

            Tapi kita lupa baju kita yang sepatutnya kita pakai setiap hari. Kita lupa mengait benang untuk membuat kain baju. Yang sudah dikait menjadi kain, lupa pula menjahit baju tersebut. Agar kelihatan lawa dan elok mata memandang.

            Ya. Kita lupa mengait kain keimanan. Ya. Kita lupa menjahit baju taqwa.

            Tidak kah di akhir ayat Al-Baqarah,2 : 183 , ada menyatakan tentang orang bertaqwa?

Ramadhan

Apa yang kita isi dengan hari-hari kita di bulan Ramadhan ini?

Yang tidak mengait kain keimanan, sudah kah anda mengait kain keimanan anda?

Yang sudah mengait kain keimanan, sudah siap kah baju ketaqwaan anda?

Oh. Baju ketaqwaan terkoyak. Dah baiki? Atau mencuba membuat yang baru?

Apa sahaja jawapan, tanya pada diri sendiri, “Layak kah aku menyambut Raya Eidul Fitri tahun ini?”

Eidul Fitri


Syaitan akan berkeliaran.

Bagaimana kita menyambut pengembalian syaitan?

Dengan bersuka ria tak ingat akhirat?

Atau takbir yang tidak pernah putus?

Makanan banyak. Sedap pula. Duit banyak dapat.

Jalan tak ingat akhirat kah kita nanti?

Makan sampai kenyang tak larat nak ruku’ dan sujud kah kita nanti?

Makan berpada-pada?

Dengar azan dan bersegera menunaikan solat?

Quran tak lupa?

Ziarah saudara mara yang meningkatkan iman atau mengurangkan iman?

Akhir kata

            Salam Eidul Fitri dari saya, Zinnirah Firuz Dalili dan keluarga. Maaf Zahir dan Batin. Kullu am wa antum bikhair.

            InshaAllah, jika diberi peluang dan rezeki dari Allah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan tercinta.




RAMAZAN BAYRAMINIZ KUTLU OLSUN :D

1 comment:

  1. Saidina Umar Bin Abdul Aziz r.a. berkata: "Bukanlah Aidilfitri itu bermaksud org yg memakai pakaian baru, akan tetapi Aidilfitri itu bermaksud bertambahnya taqwa seseorang kepada Allah s.w.t."

    ReplyDelete