Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Wednesday, August 24, 2011

Haiwan Idola



Bee ni pakar posing tau =)

Haiwan-Manusia

            Dulu dalam satu program ada satu soalan ni ,

 “Jika awak dibenarkan untuk menjadi haiwan, haiwan apa yang awak nak jadi?”

Jawapan saya : *yangdalamgambartula*




Jawapan Kanak-kanak Comel

            Dah bagi jawapan mesti la terangkan kenapa kita pilih haiwan tu kan. So saya pun bangun, pergi depan, saya kata ;

“Sebab bee comel. Warna dia hitam kuning.”

Itu jawapan nerd saya yang saya rasa “tu bukan saya tu”. kuikukui

Kini..

            Bila dah besar panjang ni, saya masih menggunakan lebah sebagai haiwan yang saya jadikan salah satu ‘haiwan idola’ saya. Tapi jawapan kepada kenapa pasti lah dah update-to-date. Jawapan seorang yang matang. Cewah!

            “Bee makan madu. Madu adalah sesuatu yang baik. Dan Bee keluarkan madu. Sekali lagi saya cakap, madu itu sesuatu yang baik. Saya nak jadi Bee sebab dia makan benda baik, dan dia keluarkan benda baik juga.”

So?

            Jadi kita sebagai manusia, ambil lah semua benda yang baik-baik ni. Dan jangan lupa keluarkannya untuk orang lain.

            Kan salah satu daripada sifat 10 muslim, adalah bermanfaat untuk orang lain. Jadi lebah ni memberi apa yang dia dapat tadi untuk keperluan manusia. Baikkan lebah ni? ^__^

            Ilmu yang kita dapat sebenarnya bukan hanya untuk kita seorang. Tetapi untuk kita kongsi dengan orang lain. Kalau kita kongsi dengan orang lain, kita tak berkurang sedikit pun malah lagi bertambah ingatan kita terhadap ilmu tersebut.

Kesimpulan

  • Banyak la yang kita dapat pelajari dari lebah ni.
  • Jom jadi macam lebah nak?!

2 comments:

  1. teringat artikel falsafah babi vs falsafah lebah....

    ReplyDelete
  2. sudah menjadi sunnah Habib Muhammad SAW menganjurkan umatnya berkongsi ilmu seperti mana hadis yang sudah mahir dihafal oleh kita smeua.

    " Sampaikan dariku walau satu ayat :
    Riwayat Bukhari Tirmizi & Ahmad

    Syukran Ust Zin. :)

    ReplyDelete