Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Tuesday, August 23, 2011

Sang Pencerah



Sinopsis

                Sang Pencerah adalah sebuah movie yang berdasarkan dari kisah benar dari Negara jiran kita, Indonesia. Kisah seorang daie yang mencuba untuk mengubah fahaman-fahaman karut kiyai-kiyai di Indonesia.
                Dalam masa yang sama daie ini mencuba satu teknik baru yang mendapat tentangan dari manusia sekelilingnya. Dituduh kafir. Daie ini masih belajar bagaimana untuk menyampaikan dakwah kepada orang sekelilingnya.
                Khidmat masyarakat dibuat. Makanan dan pelajaran diberikan kepada penduduk-penduduk miskin. Bukan hanya pendidikan akademik tetapi juga agama Islam.





Original Dari Sang Pencerah

  •  Kadang-kadang orang itu terpeleset bukan karna dia itu bodoh. Tapi karna dikuasai akalnya sahaja.
  •  Seorang pemimpin yang baik di mata Allah tidak pernah meninggalkan keluarganya apalagi ummatnya.
  • Agama Islam itu tertutup bagi orang Islam itu sendiri ( Penting utk difikirkan oleh kita )
  • Kita itu boleh punya prinsip asal jangan fanatic. Karna fanatic itu ciri orang yang bodoh.
  •  Hari ini kita sama-sama berjalan menjadi yang terbaik di mata Allah. Tidak hanya untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan orang banyak.
  • Hidup ini singkat dan hanya sekali. Manfaatkan tidak hanya untuk diri sendiri.

Komentar Seorang Hamba

  •  Nak mengubah prinsip seseorang itu bukan mudah. Perlukan kesabaran yang mantap. Jika putus asa, kalah lah kita.
  • Kadang-kadang idea kita, pendapat kita tidak semua orang faham. Jangan pernah putus asa jika mereka tidak mahu memahami atau menerima asal kita yakin idea dan pendapat kita benar dan tidak menyalahi undang-undang Allah.
  • Cuba menjadi seorang yang open-minded. Bukan setiap apa yang orang kafir buat kita tak boleh buat. Jika ianya masih tidak melanggar undang-undang Allah, apa salahnya kita ikut untuk perkembangan otak kita juga. Ini dalam konteks cerita ini.
  • Kita tidak pernah layak untuk mengkafirkan seseorang.
  • Jangan terlalu fanatic tentang sesuatu prinsip. Kadang-kadang prinsip yang kita pegang selama ini mungkin salah jadi perlukan perubahan.
  • Apa salahnya terima pendapat orang lain? Jika salah kita tegur dengan baik.
  • Islam tersebar melalui tangan orang-orang yang sabar dan tabah.

No comments:

Post a Comment