Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Wednesday, November 30, 2011

Nota Cinta Dari Seberang =')


1-

Percaya dan yakin kepada Allah.

"  Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu untuk dipikul. "

Disebabkan kita mampu untuk memikul segala ujian dan permasalahan yang ada, Allah letakkan kita disitu.

2-

Hadapi hidup dengan penuh pemikiran yang positif.

Fikir positif, kita dapat positif. Fikir Negatif, negatif lah yang kita dapat.

3-

Pergantungan dengan Allah.

Jika kita bergantung hidup kepada manusia sepenuhnya, jangan tanya kenapa kita sering dilukai. Kerana manusia tidak pernah sempurna. Jangan tanya kenapa kita tidak bahagia. Kerana manusia tidak pernah sempurna.

Allah lah satu-satunya yang Maha Sempurna. Yang Maha Tahu. 

4- 

Redha dan Ikhlas.

Hidup tak akan pernah sunyi dari ujian. Tapi jangan kita lupa untuk redha dengan ujian yang kita dapat. Redha adalah dengan ikhlas menerima apa sahaja ujian tanpa mengeluh. Yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku telah Allah aturkan.

Ada yang terbaik yang Allah sembunyikan.

5-

Doa tanpa usaha tak bermakna.

Jika kita mahukan sesuatu, berusahalah untuk mendapatkannya. 

"Aku mahu doa banyak-banyak je. Confirm Allah bagi. "

Doa tanpa usaha, seriously, sia-sia. Usaha lah terlebih dahulu, Allah akan bagi apa yang kita dah usaha. If tidak diberi di dunia, di akhirat kelak pasti diberi =)

Dan kita kena ingat, Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan di tempat dan waktu yang paling sesuai untuk kita. 

Yang penting USAHA =)

6-

Percaya pada diri.

Percaya yang kita mampu untuk menghadapi ujian yang ada dengan cemerlang =)


No comments:

Post a Comment