Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Friday, December 16, 2011

Special untuk hati KITA

Kerana dunia dicipta bukan hanya untuk kisah cinta.
Selama ini Allah banyak bagi kemudahan, keindahan, kurniaan dan kebahagian pada kita. Dalam erti kata mahu mengajar kita erti hidup penuh dengan cinta dan kasih sayang dari Allah dan makhluk-makhluknya. Lalu kita belajar banyak perkara dari keindahan dan kebahagiaan itu. Kita tahu bahawa kebahagiaan kita terletak pada hati kita yang di dalamnya terletaknya iman kita. Allah ajar kita erti Alhamdulillah ala kulli nikmah.


Lalu sampai suatu ketika, Allah bagi kita kesusahan, keburukan (sama ada dari diri kita atau dari orang lain), kesedihan. Dalam erti kata yang sama, Allah nak kita belajar dari keburukan, kesusahan dan kesedihan itu. Tapi kita lebih banyak mengeluh, marah, menangis dan bersedih. Seperti kita lupa yang Allah sedang menguji kita. Seperti kita lupa yang Allah tak akan bagi sesuatu ujian pada hambaNya dengan ujian yang hambaNya tak mampu.