Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Friday, December 16, 2011

Special untuk hati KITA

Kerana dunia dicipta bukan hanya untuk kisah cinta.
Selama ini Allah banyak bagi kemudahan, keindahan, kurniaan dan kebahagian pada kita. Dalam erti kata mahu mengajar kita erti hidup penuh dengan cinta dan kasih sayang dari Allah dan makhluk-makhluknya. Lalu kita belajar banyak perkara dari keindahan dan kebahagiaan itu. Kita tahu bahawa kebahagiaan kita terletak pada hati kita yang di dalamnya terletaknya iman kita. Allah ajar kita erti Alhamdulillah ala kulli nikmah.


Lalu sampai suatu ketika, Allah bagi kita kesusahan, keburukan (sama ada dari diri kita atau dari orang lain), kesedihan. Dalam erti kata yang sama, Allah nak kita belajar dari keburukan, kesusahan dan kesedihan itu. Tapi kita lebih banyak mengeluh, marah, menangis dan bersedih. Seperti kita lupa yang Allah sedang menguji kita. Seperti kita lupa yang Allah tak akan bagi sesuatu ujian pada hambaNya dengan ujian yang hambaNya tak mampu.




Sayang, kesabaran kan tidak pernah ada limit. Sabar lah untuk seketika supaya yang indah itu kecapi di waktu yang lebih bermakna dan berpanjangan.


Sayang, jika keadaan kita belum berubah, mungkin memang takdir Allah untuk memberikan kita jalan seperti itu. Jalani sahaja, kerana bisa jadi takdir itu adalah rencana Allah untuk membuka takdir-takdir berikutnya dari arah yang tak pernah kita sangka. Allah sentiasa ada surprise yang akan membuatkan kita tersenyum lebar.


Sayang, kadang-kadang kita terpaksa padam segala kenangan-kenangan yang kita lalui sepanjang hidup untuk seketika. Agar kita tidak terus berada dalam kesedihan yang kadang-kadang meragut semangat kita. Ya, kadang-kadang kenangan yang kita ingat itu, adalah kenangan yang indah-indah. Tapi, jika kenangan itu menyebabkan kita sedih dan patah semangat, lebih baik kita lupakan seketika. Jika kenangan itu yang menyebabkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk menjalani hidup, ingatilah =)


Sayang, insyaAllah, setiap apa yang kita lalui akan menjadi iktibar dalam hidup kita. Jangan pernah menyesal dengan setiap langkah yang telah kita lakukan. Kerana, kita sebenarnya sedang belajar melalui pengalaman dan reality. Ambillah yang buruk dan buanglah yang keruh.


Sayang, untuk pengetahuan mu, aku sedang mencuba menerima keadaan di sekeliling ku. Betapa banyaknya air mata ku jatuh, hanya kerana sakit nya hati terhadap perlakuan mereka. Tapi di ketika air mata itu jatuh, aku terfikir. Kenapa tidak aku memahami sikap dan perangai mereka. Dan tidak mengambil serious apa yang mereka buat. Biarkan mereka buat sesuka hati. Kerana itu adalah perkara biasa bagi mereka. Mungkin kita harus lebih kuat untuk menyatakan kebenaran kepada mereka. Ya. Tak senang.Ya. Kita mungkin terlalu sensitive.


Sayang, mungkin kita sepatutnya lebih melihat kepada kebaikan mereka dari melihat keburukan mereka. Kita manusia dan mereka juga manusia. Manusia tak lari dari membuat kesalahan.


Sayang, mereka tidak tahu apa yang kita lalui dengan tepat. Biarkan mereka mahu berbicara apa dan bagaimana. Letakkanlah pergantungan kita pada Allah sepenuhnya. Dia tidak akan pernah mengecewakan kita. Percayalah.


Ya. Memang mudah untuk aku mengeluarkan kata-kata. Tapi nak jadikan ianya reality bukan senangkan sayang. Tapi apa salah nya jika kita paksa diri kita. Kali ni saja. Ya. Kali ni sahaja. Sebab, lepas kita lalui segala kesusahan ni, dengan sabar dan tabah, kita akan mengecapi nikmatnya SABAR dan YAKIN kepada ketentuan Allah.


Jangan pernah menyesal untuk setiap apa yang telah kita buat. Tapi menyesallah terhadap sesuatu perkara yang kita tidak buat.


Kita manusia sering lupa. Haruslah kena ‘ketuk’ =) Dan saling membetulkan =)


Seriously, ukhuwah fillah tu sangat manis =’)


Wallahualam.


p/s : Dalam hati saya ada kalian. Uhibbukunna Fillah! Ini untuk KITA =')

No comments:

Post a Comment