Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Thursday, May 31, 2012

Kau Termaktub Dalam Doaku


Hari itu, aku gembira. Senang.
Kita akan pergi untuk berusaha membina sebuah impian.
Kau menjadi pembantu, pendorong semangat.
Dalam perjalanan Dia jatuhkan duri tajam pada kita

Yang dulu hanya gurauan, sekarang bukan lagi.
Kenyataan.
Yang dulu adalah persoalan yang tergantung,
Kini jawapannya didepan mata.

Kau pembuat jenaka dan kau juga lah pembuat soalan.
Tapi kau betul,
Persoalan dan gurauan itu,
Bukan salah di sisi Tuhan.

Cecair merah itu mengalir laju mengikut salurannya
Degupan segumpal daging itu menjadi semakin kencang.
Tapi tangan kau juga lah yang menyentuh tanganku
Menghulurkan kekuatan.
Kekuatan bersama.

Kau beri izin untuk aku memarahi dirimu
Tapi apakah layak untuk aku berbuat sebegitu?

Mutiara jernih kita sama-sama mengalir menyentuh pipi.
Sungguh! Aku tidak marah sedikit pun
Cuma hati masih mencuba menerima,
Menghadam kata-kata mu,
Redha dengan segala-galanya.

Saat menunggu urusan ku selesai,
Aku duduk di bangku itu.
Sendiri.
Ku alihkan pandangan ke luar
Dirimu gelisah disana
Dirimu seperti menanggung sedih yang melampau.

Dirimu tiada salahnya.
Aku yakin itu.

Kita duduk bersama menikmati air manis
Yang terasa tawar di kerongkong.
Tidak kita hiraukan mereka di sekeliling kita.
Kau bercerita tentang dirinya.
Kebaikannya.
Kesayanganmu terhadap dirinya.

Kau kenalkan pula aku dengan mereka.
Tak perlu bersua muka.
Kerana aku sendiri takut atas apa yang akan aku lakukan
Di saat pertemuan itu.

Kau masih tak mampu memberikan sebab atas perbuatan mu.
Mungkin kau sendiri tiada jawapannya.
Allah yang campakkan rasa itu kan.
Dia Maha Tahu.

Aku masih dengan jihad ku
Dan kau masih bersama ku dan dia
Dan aku masih dibiarkan tanpa tahu siapa mereka
Dan aku sendiri tidak mahu tahu.

Kasih, sayang dan cinta ku masih bersama kau dan dia
Dan aku tau begitu juga kasih, sayang dan cinta mu
Masih setia disisi aku dan dia.

Biarlah segalanya jadi rahsia Rabbul ‘Alamin
Andai ianya benar-benar berlaku
Moga di saat itu nanti,
Allah kuatkan hati kami,
Allah bantu kami untuk redha

Terima kasih Allah atas segalanya
KeranaMu kami lebih menghargai satu sama lain
Kau ajar kami erti pergantungan diri sepenuhnya hanya padaMu.
Temukan kami di syurga-MU kelak.

::: Kau masih kau yang dulu dihatiku. Tidak berubah sedikit pun :::