Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Friday, June 29, 2012

Result (?)


“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan.”

            Masih ingat ayat ni? Dalam surah Ar-Rahman berulang-ulang kali Allah berfirman, menggunakan ayat yang sama. Banyaknya nikmat Allah yang kita terima, tapi dengan ujian yang kecil dan sedikit yang ditimpakan Allah buat kita, menjadikan kita manusia pengeluh, pemarah. Apa kita tak malu dengan Pencipta kita?



            Setelah berminggu-minggu bertentang mata dengan nota-nota pelajaran yang banyak, tengah hari tadi, hidangan markah bukanlah yang menyenangkan mata memandang apatah lagi yang punya markah itu. Tapi motivasi diri itu penting kan?



            Nah. Hari ini adalah hari dimana kau harus belajar dan aplikasi banyak perkara. Dari A sampai lah Z. Mahu tak mahu, you have to.



            Selesai exam tadi, hati tidak berhenti melakar kata-kata. Apa pun yang terjadi nanti, tersenyumlah. Baik buruk mahupun baik. Dan apa yang kita lakar tu, tak mudah untuk kita apalikasi sebenarnya.



            Solat zohor tadi, sungguh membuatkan hati tenang. Betullah, dengan mengingati Allah itu, hatikan jadi tenang. Apabila kau meminta kepada Allah, untuk kecemerlangan dalam exam, jangan lupa untuk meminta kepada Allah, agar diberikan hati yang sentiasa mengingati Allah supaya apa sahaja keputusannya, masih ada ALLAH di hati mu.



Selesai solat, kaki melangkah laju merentas teriknya matahari, masuk ke bangunan Fakulti. Seorang lelaki, lagak nya seperti orang frust. Hati cepat meneka, pasti result dah keluar. Dan result si lelaki itu, lepas untuk dia masuk ke second year medic. Lalu apa yang membuatkan dia frust? Bising mengeluh itu ini. Kawan, apa tak cukup bersyukur kau dengan markah mu nak dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa ulang balik first year nya?  



            Result tak seperti apa yang saya mahu. Ok. Saat itu, kata-kata yang tak putus terlakar tadi, perlahan-lahan, tenang, melintas di fikiran. Allah Maha Tahu. Apa sahaja keputusan yang tergantung di papan kenyataan itu, adalah realiti mu. Terima seadanya.



Some got it bad, some got it worse

Life can sometimes look like a curse

So i cry my heart out, let it all go

Cuz after every rainfall must come a rainbow



Saya percaya dengan setiap yang berlaku, pasti ada baiknya. Kenapa perlu berlama-lamaan bersedih hati sedang kita tahu, memang pelangi akan timbul setelah hujan. Lambat cepat dan jelas tak jelas nya, tak penting kan? Yang penting, kita tak pernah putus asa untuk menunggu si pelangi datang. Kerana, kita dikira berjaya, apabila kita tak pernah berputus asa. Allah nilai usaha kita kan? Natijah nya, dia yang tentukan. Tinggal bagaimana kita mahu mencorak takdirNya dengan lukisan terindah sahaja.



God never promised you days without pain
Laughter without sorrow
Sun without rain
But He did promise strength for you every day

            Hari-hari yang berlalu, mengajar aku erti hidup. Bagaimana motivasi diri itu penting, dalam pembentukan diri dan hati kita. Dan alangkah indah nya apabila motivasi itu didasarkan atas dasar iman kepadaNya. Manis. Rendah nya motivasi diri, tak pernah menjamin kejayaan dalam hidup kita. Tak percaya? Up to you.



Belajar dari kesilapan, betul?



            Kita berjaya pabila kita mampu menahan diri kita dari terus bersedih dan meneruskan hidup kita seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Jangan pernah putus asa, kerana itu cirri-ciri manusia yang kalah.



And you know that you’re growing

When you find yourself down on your knees

It’s the trials of life

It’s the rain and the light

That make you more than just your dreams



            Kegagalan tu sebagai petanda kejayaan besar kita disuatu hari nanti. Jadi, kenapa perlu meratap meraung seperti dah tiada kehidupan setelahnya? Tu, lihat tu, Allah ingin berbicara dengan mu. Buka hati mu seluas-luasnya.



            Buka Quran, Surah Al-Baqarah ayat 112. Renung kembali, sudah kah kau serah kan hati mu sepenuhnya kepada-Nya?

1 comment:

  1. Selalu kita beranggapan, yg kita hendak adalah yg terbaik. Tetapi Allah lebih mengetahui baik buruknya.
    Kelak Allah gantikan yg lain yg lebih baik.

    ReplyDelete