Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Tuesday, November 20, 2012

Aku Mahu SyurgaNya

Zinnirah, ini untuk mu.


Kita tak boleh hidup dalam kenangan masa lalu. Supaya kita sentiasa bertapak di dunia realiti. Bergerak dengan lebih indah dan berjaya dengan apa yang kita ada di hari ini. Tapi kita tak boleh buang kenangan tu. Kerana kenangan itulah yang yang mengajar kita erti hidup, kasih sayang, rindu dan cinta.

Jadi aku simpan kenangan-kenangan itu dalam memori hati dan akal. Dalam pengharapan kenangan yang ada dulu, sedar atau tidak dan kenangan yang bakal kita cipta di hari ini dan akan datang, menjadi saham kita untuk ke syurgaNya. 

Yang teratas. 

Firdausi.

Dan hari ini, aku menangis di bangku ini, merindui saat untuk bertemu. Dan aku lebih merindukan untuk bertemu di syurgaNya. 

Tak sabarnyaa.. ;') 

*kesatairmata*

Ankara,  23 Oct 2012


Allah Berbicara Melalui HambaNya

Ke marilah duhai hati, ke marilah duhai sahabat. Aku ingin kita bersama-sama muhasabah. Berbicara dengan hati kecil kita.


Astaghfirullah. Bismillah...
Dalam kesibukan metro hari ini, ku temukan seorang insan yang pada pandangan ku, seorang yang punya motivasi tinggi dalam diri. 

Apa tidaknya....


Allah kurniakan dia sebuah muka yang cacat. Mata dan hidungnya yang tidak berada di posisinya yang betul. Matanya seperti jatuh dari orbitalnya. Sebelah mukanya jatuh. Mulutnya tak seperti kita. Tak ku temukan bibirnya. ( Search : Bell's Palsy )


Dan aku jadi terfikir.


Pasti malu kan, punya wajah yang sedemikian. Dipandang orang bagai kau bukanlah dari planet bumi. Berkerut dahi melihat ciptaan Tuhan yang satu ini.


Dan tersentak seketika.


Bagaimana dalam kesesakan hidup di tanah Uthmaniyah ini, dalam penuh dan ramainya metro itu, kau berada di tengah-tengahnya. Tanpa rasa takut dilihat pelik. Tanpa perlu fikir akan diejek atau diapa-apakan.


Aku terfikir...


Pada hemat ku, kau sudah sedikit tua. Bagaimana kau harungi hidup kau, dengan wajah yang sebegitu sehingga sekarang?



Hebat. Sungguh Hebat Allah itu dalam menciptakan hamabaNya.


KERANA DI SETIAP CIPTAAN-NYA, DIA MAHU KITA BERFIKIR...


Tidak kah kita bersyukur dikurniakan wajah dan fizikal yang sempurna? Apa tak cukup S E M P U R N A kah?


Tidak kah kita lihat, si dia punya semangat tinggi untuk harungi hidupnya? Kenapa tidak kita?


Motivasi diri itu, ada dalam diri kita. Kenapa tidak kita gali? Malah mengeluh tidak kenal penat. 



Allah tidak uji setiap hambaNya dengan ujian yang hamabaNya tidak mampu untuk pikul. 
Kenapa kita sering lupa itu?

Kenapa kita jarang bersyukur?


Tu, Allah tampar hati mu. Masih tak sedar ka? Mahu kan tamparan yang lagi hebat?



Dia sedang berbicara dengan mu. Tak mahu kah kau menyambut bicara dari Sang Kekasih Hati?

Tuesday, November 6, 2012

Dalam Doa Kita Bertemu

Fikiran ku masih di hari tu
Hari di mana kita berpelukan
Dan jernih mutiara di mata mu
Kau tahan supaya tidak jatuh.

Dan tanpa ku sedar,
Ucapan 'jangan menangis'
Penyebab kotak mutiara itu pecah
Berderai tanpa suara.

Ingin ku menyua tanda tanya
"Apa ada sesuatu yang lebih menyakitkan hatimu?"
Selain dari perpisahan sementara ini
Sehingga kan mutiara itu berlinangan..

Dialog diantara kita di hari-hari itu
Bermain di fikiran 
Di hari kita
Mengeluarkan persoalan-persoalan 
Dalam kotak fikiran mahupun di hati
Berusaha berfikiran positif dalam setiap ujianNya..

Di fikiran dan hati kita
terlalu banyak persoalan..

Apa kita salah dalam berfikir?
Apa kita salah dalam menafsir?

Moga hati kita berada dalam tanganNya.
Agar kita tidak salah mengeluarkan fatwa hati..

Dan sepanjang perjalanan
Hati ku tak henti memujuk
"Doa adalah cara kita berpeluk dari kejauhan. Dalam redhaNYA."

"Ku rindukan pertemuan dengan mu di syurga firdausiNya.."