Safar Musafir

Safar Musafir

Don't Give Up!

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Belajarlah secara berterusan dan berubahlah secara berterusan. Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Followers

Untaian Hikmah

Rasulullah s.aw. bersabda : "Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain turut akan merasakannya."

Wednesday, June 12, 2013

Yang Namanya Qonitina

Hey Guys! Lama tak mencontengkan? ;)
Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama dah simpan hajat nak menulis. Tapi keadaan laptop, keadaan internet dan banyaaak lagi alasan-alasan yang entah layak atau tidak untuk tidak diterima. Wallahu'allam. Moga Allah redha.

Ok. Stop mumbling Zinnirah. eh? ;)

Boleh dikatakan dari kecil, aku didoktrin oleh abuya dengan perkataan 'Indonesia'. Hebatnya dakwah di sana, berkembang nya Islam di sana menjadi teladan pada aktivis dakwah di Malaysia. Hampir setiap tahun ( if am not mistaken ) abuya ke Indonesia bersama sahabat-sahabat dia. Setiap kali balik, mesti dibawa pulang buku-buku dari tanah seberang. Memang dari kecil buku yang dibaca adalah yang dari negara seberang. Teringat dulu ada satu majalah bernama AnNida ( ke anNisa' ea? tak ingat. Yang gambar temanya adalah seorang akhawat yang tudung dibelakangnya 'terterbang'.  ok. boleh abaikan. hehe )

Obses. 

Obses dengan penulis-penulisnya. Dan semakin berlalunya hari, penulis-penulis dari negara seberang semakin meningkat. Subhanallah. Bukan tak appreciate penulis-penulis di Malaysia. Tidak sama sekali. Cumanya kali ni nak cerita tentang Indonesia. Tenang ya ibu ibu bapak bapak. *heh*

Dan semakin hari rasa sayang pada sebuah negara yang terbanyak orang Muslimnya bertambah-tambah. Sehinggalah pada suatu hari yang hening, kakiku menjejakkan kaki ke bandar Kamal Ataturk, Ankara. Disambut oleh dua orang ukhti comel. *boleh muntah kalau mahu. :P*

Dan mereka berasal dari Indonesia. Iiiiihhh aku punya temen dari Indo lhoh! *bangga* hihi

Dan Namanya unik banget deh. hiiiii :))

Yang satunya Qonitina Bilqisti dan yang satunya Sumarsih Condroayu Purbarani. Aneh! Bukan! Unik! :)

Tapi kali ni mahunya cerita tentang Qonitina Bilqisti. Seorang senior dan berwatak senior. Tapi bila kata senior, jangan keluar dari otak perkataan 'buli'. ok? Sebab sifat buli tak cocok langsung dengan Kak Qonitina.

Di Turkiye, kebanyakan manusia-manusia, bukan haiwan ya, panggil dia dengan panggilan kakak, ukhti (hanya untuk si comel sumarsih, kalau yang aku tahu je la.), kak qoni, kak qon. GONITINA pun boleeehhh.. ;P

1st impression jumpa dia? Nothing. Sebab dalam fikiran hanya fikir pasal macam mana nak hidup dekat Turki niiiii... huaarrggh *lebay*

KiraNya tak da lah 1st impression tu. hihi Tapi bila dah lama kenal, dah sering jumpa, 'kakak sorang ni banyak cakap.' Dan satu lagi yang datang dalam fikiran adalah kakak ni seorang a***wa* kihkih

Tapi relax lu. Kita wait and see dulu. ceh. hiperbola.

Dan yang paling best, pernah buat surprise untuk her birthday. Thanks to Kak Desi Setyaningsih -unik juga kan nama dia?:)- yang sekepala dengan kami. Beli bunga. Because she loves flowerssss :) Pakar Botani ;)

Dia bu guru ku dalam macam-macam perkara. Sedar tak sedar. 
Dan biarkan itu menjadi rahsia ku. Moga Allah meredhaimu, kak. :)

Oh. Satu lagi sifat kakak ni.. Dia suka ketawa. keh keh keh..

Dan satu lagi, dia one of the Indonesian yang di Turkey yang boleh faham dan boleh speaking in Malay. Bahasa Utaqa pun dia boleh habaq hang! Tempias dari Inche MatLuthfi. Haha *teringat Nia. Rinduu :")*

Hurmmmm lagi nak cerita ape ea?? banyak jeeee.. tapi, the rest is secretoo kih kih kih :))

Ok. Sebenarnya just nak bagi tahu dunia, bahawa kakak ku yang seorang ini, yang berasal dari INA ini, sudah beranjak ke sebuah nombor yang sedikit besar. So, Bye lah kakak. haha  tibe..

OK. Sirius ye kawan-kawan.

Kepada satu-satunya kakak saya yang bernama Qonitina Bilqisti,
Semoga umur-umur yang sebelum ini di berkati dan diredhai oleh Sang Maha Pencinta. Dan untuk hari-hari mu yang mendatang, moga menjadi saham mu untuk ke syurgaNya. 

Satu pesan ku untuk mu, wahai bakal murabbi di dunia persekolahan,

"Seorang murabbi itu tugasnya bukan mengajar, tetapi mendidik. Selalu dengarkan ini, bukan? Dan hadirnya seorang murabbi di medan nya bukanlah tugasnya menunggu bunyi loceng pulang untuk bergegas pulang, tetapi kehadiran seorang guru adalah menjadi pembantu kepada si ibu untuk mencorak anak-anak menjadi seindah pelangi. Selamat mendidik dengan penuh ihsan."

Rasa tak layak untuk sebuah kata-kata ini, tapi tak salahkan untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan? :)

Bismillah.
Kak, i love you lillah. Until we meet again in Jannah. :')